◉ HEADLINES

KKM diminta bertindak terhadap pengamal perubatan palsu warga asing

Ia susulan kejadian menimpa seorang mangsa yang mengalami kesakitan selepas melakukan pembedahan payudara di pusat perkhidmatan perubatan estetik tanpa lesen serta tidak bertauliah akibat tertarik dengan tawaran di media sosial

3:44 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) hari ini menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan segera terhadap pengamal perubatan palsu yang dipercayai warga asing dan premis kecantikan miliknya yang beroperasi di ibu negara serta Johor.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, hal itu susulan kejadian yang menimpa seorang mangsa yang telah menjalani pembedahan payudara melibatkan kos sebanyak RM23,400 pada 21 Jun 2022.

Hishamuddin berkata, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Alice mengalami kesakitan selepas terperdaya untuk melakukan pembedahan di pusat perkhidmatan perubatan estetik tanpa lesen serta tidak bertauliah itu akibat tertarik dengan tawaran di media sosial.

“Selepas merujuk kepada beberapa agensi berkaitan kami menemukan jalan buntu dan kami tidak mempunyai pilihan dan hari ini kami merujuk kepada Menteri Kesihatan supaya meneliti kes ini.

“Apa yang kami mahu adalah suatu siasatan dan tindakan supaya pengamal perubatan palsu yang merupakan warga asing ini dikenakan tindakan, disiasat, ditangkap dan didakwa kerana secara terang-terangan telah menjalankan aktiviti yang sepatutnya dijalankan oleh pengamal perubatan yang berlesen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai mangsa yang berusia 33 tahun itu untuk menyerahkan surat aduan kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Kesihatan, N Balasundaram di pekarangan lobi KKM di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa telah membuat aduan kepada Persatuan Perubatan Malaysia, Bahagian Amalan Perubatan Swasta KKM dan Polis Diraja Malaysia pada tahun lepas, namun tiada tindakan diambil. – 9 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related