◉ HEADLINES

Satira karikatur haiwan keterlaluan, Fadhli perlu mohon maaf pada rakyat Thailand, Kemboja, PM

Meskipun sudah memadamkan hantaran tersebut namun ia dianggap tidak memadai tanpa permohonan maaf

4:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari digesa memohon maaf secara terbuka susulan tindakannya memuat naik karikatur satira haiwan di laman sosial Facebooknya bagi merujuk isu rundingan damai antara Thailand dan Kemboja.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Syahredzan Johan berkata, walaupun Ahli Parlimen Pasir Mas itu sudah memadamkan hantaran berkenaan namun ia disifatkan tidak memadai.

“Sebaliknya Ahmad Fadhli sepatutnya memohon maaf kepada warga Thailand dan Kemboja, malah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas hantaran tersebut yang dianggap keterlaluan.

“Alhamdulillah dengan PMX sebagai orang tengah, kedua-dua negara ini sudah mencapai persetujuan gencatan senjata.

“Bayangkan, sekiranya tokoh pembangkang yang menerajui negara, YB Fadhli sudah memberi gambaran jelas apa Malaysia bawah Perikatan Nasional akan lakukan apabila berhadapan dengan konflik di rantau ini,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, Fadhli dikecam banyak pihak susulan tindakannya memuat naik hantaran dan gambar satira menampilkan figura hakim berupa monyet di hadapan biri-biri dan kambing yang berebutkan pisang dipercayai merujuk usaha Malaysia merintis jalan damai dalam perang antara Thailand dan Kemboja.

Bagaimanapun hantaran itu telah diturunkan oleh beliau.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Shafi Muhammad berkata PAS semakin hilang arah dan cemburu dengan kejayaan diplomasi di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar media sosial, 29 Julai, 2025

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Shafi Muhammad pula menyifatkan tindakan Fadhli itu melampaui batas dan menyerlahkan sikap terdesak seorang pemimpin politik yang ketandusan modal.

“Ini bukan sekadar satira, ini penghinaan terhadap usaha menyelamatkan ribuan nyawa yang tidak berdosa. Fadhli perlu mohon maaf kepada rakyat Thailand, Kemboja, dan Perdana Menteri. Jangan sembunyi di balik alasan satira bila jelas ia sindiran murahan,” katanya

Beliau berkata, PAS semakin hilang arah dan cemburu terhadap kejayaan diplomasi Malaysia di bawah kepimpinan Anwar.

“Mengapa begitu terdesak dan cemburu dengan kejayaan Malaysia menamatkan ketegangan?

“Bukankah ini tentang nyawa manusia? Adakah PAS mahu dunia melihat parti Islam ini sebagai kumpulan yang sanggup merendahkan usaha damai demi politik picisan?” soalnya.

Sementara Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar pula menyifatkan perumpamaan yang dibuat Fadhli itu membongkar wajah sebenar PAS yang menjurus kepada politik kebencian serta tidak tahu membezakan lawan politik dan martabat negara.

Beliau berkata, tindakan menyamakan Malaysia sebagai “monyet” dalam konflik serantau bukan saja memperlekehkan kedaulatan negara malah menghina peranan diplomasi Malaysia yang diiktiraf dunia.

“Negara kita dihormati di peringkat Asean dan dunia kerana komitmen terhadap diplomasi damai, bukan sikap suka campur tangan secara semberono seperti didakwa,” katanya. – 29 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related