◉ HEADLINES

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI ‘deepfake’: Fahmi

Menteri Komunikasi itu merujuk kepada pendedahan Datuk Seri Siti Nurhaliza tentang taktik terkini scammer menggunakan teknologi AI bagi meniru suara dan wajahnya

12:20 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Masyarakat diminta berwaspada dengan taktik penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau ‘deepfake’ yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini, beliau berkata penggunaan AI sememangnya membantu pembangunan negara, namun ada pihak yang menyalahgunakan teknologi berkenaan.

“Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam posting di Instagram beberapa hari lepas terima panggilan, dan tunjukkan (satu) panggilan WhatsApp video seolah-olah dia yang bercakap, rupa-rupanya ‘deepfake’ yang dibuat secara live.

“AI boleh diguna untuk kebaikan dan kejahatan. Kita perlu waspada maklumat diterima dan pastikan sebarang video diterima adalah benar (tulen) atau dihasilkan melalui aplikasi AI,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menguar-uarkan mengenai bahaya taktik penipuan menggunakan deepfake AI ketika ini. 

Semalam penyanyi nombor satu negara itu dilaporkan mendedahkan taktik terkini digunakan ‘scammer’ yang dipercayai menggunakan teknologi AI bagi meniru suara dan wajahnya demi mengaut keuntungan.

Sementara itu Fahmi berkata beliau akan bertemu dengan semua pengendali media sosial di Singapura pada bulan ini bagi membincangkan beberapa perkara termasuk mengenai bahaya AI di platform mereka. 

“Saya harap (deepfake AI) dapat ditangani oleh pihak Meta kerana WhatsApp adalah di bawah tanggungjawab Meta,” katanya. 

Beliau turut menyarankan semua kementerian memanfaatkan penggunaan AI dalam tugasan dan meminta Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) menyelaras kursus teknologi berkenaan.

“AI mampu bantu bukan hanya untuk hasilkan content tetapi beberapa aspek lain seperti tugasan dalam aspek coding, programming, teliti data, dan ada beberapa perkara lain boleh dimanfaatkan AI,” katanya. 

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj. – 15 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related