◉ HEADLINES

MDA tarik balik gel ultrabunyi kerana pencemaran bakteria

Pencemaran itu boleh menyebabkan jangkitan serius, terutama apabila gel terkena pada permukaan kulit terbuka, luka atau membran mukus serta akan menyebabkan risiko yang tinggi kepada pengguna dengan sistem imun yang lemah atau dalam keadaan kronik

10:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengeluarkan arahan panggil balik produk gel ultrabunyi jenama MyMedic, dengan nombor kelompok USG402-2306 kepada syarikat MyMedic Innovation Sdn Bhd.

Ketua Eksekutif MDA, Dr Muralitharan Paramasua berkata, arahan itu dikeluarkan kerana terdapat risiko keselamatan yang dikesan berikutan gel tersebut dicemari Burkholderia cepacia complex (Bcc).

“Sumber pencemaran Bcc ini tidak dapat dipastikan dan syarikat telah menjalankan siasatan menyeluruh untuk menentukan punca pencemaran, serta telah mengambil semua tindakan pembetulan yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Muralitharan berkata, pencemaran itu boleh menyebabkan jangkitan serius, terutamanya apabila gel terkena pada permukaan kulit yang terbuka, luka atau membran mukus dan akan menyebabkan risiko yang tinggi kepada pengguna dengan sistem imun yang lemah atau dalam keadaan kronik.

Susulan arahan, beliau berkata, semua pengguna hendaklah berhenti mengguna dan memulangkan produk dengan nombor kelompok berkenaan untuk dilupuskan oleh syarikat.

Dr Muralitharan berkata satu pemakluman juga telah dikeluarkan oleh syarikat kepada semua pengguna yang terlibat, melalui notis panggil balik dan sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh merujuk kepada pegawai MDA melalui pautan https://femes.mda.gov.my/. – 23 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related