◉ HEADLINES

CEO bergelar profesor direman 7 hari seleweng dana RM270,000

Suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM

4:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang individu bergelar profesor yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi ditahan reman hari ini kerana dipercayai menyeleweng dana syarikat untuk kepentingan peribadi bernilai kira-kira RM270,000.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari sehingga 30 Julai dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan wang bernilai kira-kira RM270,000 untuk kegunaan peribadi termasuk membayar hutang dan membeli kereta serta perbelanjaan peribadi yang lain.

“Suspek juga disyaki mengarahkan kakitangan syarikat menyediakan surat untuk bayaran gaji berjumlah kira-kira RM12,000 sebulan sejak Mac 2023 sedangkan surat perlantikan suspek sebagai CEO hanya melayakkannya menerima 5% daripada keuntungan tahunan syarikat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009. – 24 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related