◉ HEADLINES

Mesyuarat khas bincang PRN Johor ditetapkan 12 Jun: SPR

Mesyuarat berkenaan akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari pengundian

5:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor Ke-16 pada 12 Jun ini, kata Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus.

Khairul Shahril berkata, mesyuarat berkenaan akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.

Tambahnya, SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pada Selasa.

“Ia berhubung pembubaran Dewan Negeri Johor ke-15 pada 2 Jun 2026 sebagaimana termaktub di bawah Fasal 23 (2) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Berdasarkan Fasal 23 (4) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 berkehendakkan suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Negeri terbabit,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan berkuatkuasa 1 Jun selepas mendapat mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi. PRN Johor ke-15 diadakan pada Mac 2022. Pada PRN15, BN membentuk kerajaan negeri selepas menang 40 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Khairul Shahril memberitahu, permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRN Johor ke-16 dibuka mulai hari ini – 5 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related