◉ HEADLINES

Gerakan boikot tidak beri kesan ketara pada ekonomi negara: Kementerian Ekonomi

Kerajaan akan terus berusaha bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang dan tidak terkesan dengan gerakan pemboikotan itu

9:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gerakan memboikot dilihat tidak memberikan kesan ketara kepada ekonomi negara memandangkan sumbangan subsektor makanan dan minuman kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah kecil iaitu 2.4 peratus pada suku pertama 2024.

Kementerian Ekonomi menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini berkata, kerajaan akan terus berusaha bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang dan tidak terkesan dengan gerakan pemboikotan itu.

Ia menjelaskan pembaharuan struktur ekonomi yang sedang dilaksanakan dijangka menyokong sasaran pertumbuhan ekonomi bagi mempercepat peralihan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

“Pada masa yang sama, syarikat berjenama tempatan wajar mengambil peluang serta lebih kreatif dan inovatif dalam menawarkan produk tempatan yang berkualiti dan memenuhi cita rasa rakyat tempatan. Tindakan ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi permintaan untuk produk buatan Malaysia,” tambahnya.

Kementerian Ekonomi berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Ibrahim yang meminta kementerian tersebut menyatakan peratusan pertumbuhan ekonomi untuk subsektor minuman dan makanan ketika kebanyakan pemain industri berkenaan mengalami tekanan akibat gerakan boikot.

Kementerian Ekonomi berkata konflik Asia Barat antara rejim Zionis Israel dan Palestin yang berlaku pada 7 Oktober, 2023 telah mendorong kepada gerakan untuk memboikot sebahagian perniagaan syarikat jenama luar negara oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

“Pemboikotan ini menyebabkan pengguna cenderung untuk beralih kepada jenama makanan dan minuman keluaran tempatan,” tambahnya. – 1 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related