◉ HEADLINES

‘Tak ada standard, tak profesional langsung!’: Dewan Rakyat kecoh status Ketua Pembangkang dipersoal Kota Melaka

Sesi soal jawab lisan hari ini 'panas' seketika selepas kenyataan sinis Ahli Parlimen Kota Melaka mengenai pelantikan semula Datuk Seri Hamzah Zainudin mengundang amarah blok pembangkang hingga memaksa Speaker masuk campur

1:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suasana tenang sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini bertukar riuh seketika ekoran pertikaian membabitkan status jawatan Ketua Pembangkang yang kembali disandang Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ketegangan bermula apabila Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hasan tampil menegaskan bahawa Hamzah bukanlah seorang Ahli Parlimen bebas, sebaliknya menganggotai sebuah parti yang sah berdaftar.

“Ianya tidak bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Dicop ‘tak ada standard’

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang bidasan sinis daripada pihak kerajaan. Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) bingkas bangun dan melabel tindakan blok pembangkang dalam mengendalikan isu pelantikan tersebut sebagai sesuatu yang amat tidak profesional.

“Tak ada standard, tak profesional langsung,” katanya.

Sindiran tajam itu lantas mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang. Suasana dewan yang awalnya fokus pada sesi soal jawab terus berubah kecoh selama hampir satu minit akibat pertengkaran mulut antara kedua-dua belah pihak.

Speaker ambil alih, sahkan pelantikan

Melihat keadaan semakin di luar kawalan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bingkas mencelah bagi meredakan kekecohan dan mengarahkan agar isu tersebut tidak lagi dibangkitkan.

“Saya sudah jelaskan, semua dokumentasi saya perhati, perhalusi dan Larut adalah Ketua Pembangkang,” katanya.

Untuk rekod, Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan merupakan peruntukan undang-undang berkaitan status sama ada seseorang Ahli Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka atau sebaliknya.

Kronologi ‘kerusi muzik’ Ketua Pembangkang

Terdahulu, ketika menyampaikan ucapan pemahsyuran sebelum sidang bermula pagi tadi, Johari memaklumkan bahawa Hamzah telah dipilih semula oleh blok pembangkang sejak 18 Jun lalu bagi menggantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau turut memperincikan garis masa pertukaran tersebut:

“Yang Berhormat Larut adalah Ketua Pembangkang setakat 20 Mei 2026. Selepas itu, Yang Berhormat Kemaman (Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) menjadi Ketua Pembangkang mulai 21 Mei hingga 10 Jun 2026.

“Kini Larut mulai 18 Jun 2026 (Khamis minggu lalu) sudah kembali menjadi Ketua Pembangkang. Tahniah Larut,” katanya ketika mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Sambil menzahirkan penghargaan kepada Ahmad Samsuri atas khidmat singkatnya, Johari menambah:

“(Saya) mengalu-alukan Yang Berhormat Larut untuk kembali berkhidmat sebagai ketua pembangkang,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Samsuri yang ditemui ketika sesi soal jawab turut sempat berseloroh dan menzahirkan penghargaan atas pengesahan tempoh jawatannya sebelum ini.

“(Saya) berterima kasih kepada speaker kerana mengesahkan dirinya sebagai ketua pembangkang, biarpun sekejap,” katanya. – 22 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related