◉ HEADLINES

Transformasi bank digital perlu dipercepatkan, diberi laluan pantas: PM

Malaysia bukan antara yang terawal memperkenalkan bank digital di rantau ini dan agak ketinggalan dalam beberapa aspek

12:40 PM MYT

 

PETALING JAYA – Transformasi bank digital di Malaysia perlu dipercepatkan dan diberi laluan pantas supaya dapat bergerak maju dan tidak ketinggalan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata Malaysia bukan antara yang terawal memperkenalkan bank digital di rantau ini dan agak ketinggalan dalam beberapa aspek. 

Anwar turut menekankan kerajaan, melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Digital memberikan sokongan supaya bank digital tidak lagi terhambat dan terhalang dengan peraturan dan proses yang lama. 

“Cabaran untuk GX Bank dan bank digital lain ialah melakukan perubahan itu dalam kadar yang lebih laju dan pesat. 

“Saya yakin seluruh keluarga GX Bank ini akan menyahut cabaran ini dengan berani,” katanya pada Majlis Peluncuran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank di sini hari ini. – 2 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related