◉ HEADLINES

Tauliah mengajar Ustaz Don di Selangor ditarik balik, ada 14 hari kemuka rayuan

Ketetapan itu dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama Islam disampaikan Ustaz Don disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008

7:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tauliah mengajar yang diberikan kepada pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid ditarik balik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 24 Julai lalu.

Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Don Daniyal atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don, mempunyai masa 14 hari untuk membuat rayuan berkuatkuasa daripada surat penarikan tauliah yang diterima.

“Ia dibuat menerusi keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibacakan bersama perenggan 17 (d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2003.

“Surat penarikan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) pada 31 Julai 2024,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 21 Jun lalu, Jais sudah mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla bagi menangguhkan atau tidak mengundang Ustaz Don Daniyal Don Biyajid untuk mengajar agama Islam atau apa-apa perkara berkaitan agama Islam di premis masing-masing.

Ketetapan itu dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama Islam disampaikan Ustaz Don disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Semalam, Exco Agama Islam Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah mengesahkan mengenai surat edaran rasmi MAIS berkaitan penarikan tauliah melibatkan lima individu termasuk Ustaz Don Daniyal.

Mengikut surat edaran, tauliah mengajar bagi pendakwah selebriti tersebut adalah sepatutnya bagi tempoh 2 Julai 2020 hingga 30 Jun 2025. – 13 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related