◉ HEADLINES

‘Silakan…kita jumpa di mahkamah’ Akmal jawab Teresa

Dr Akmal mengalu-alukan sebarang tindakan oleh Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP dan bersedia bertemu di mahkamah

8:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh tidak gentar seandainya Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berikutan panggilan ‘nyonya tua’ susulan isu pensijilan halal.

Malah beliau mengalu-alukan sebarang tindakan oleh Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP dan bersedia bertemu di mahkamah.

“Silakan..kita jumpa di mahkamah,” katanya ringkas kepada Scoop hari ini.

Akmal turut memuat video dalam facebooknya berhubung isu itu dan menyatakan beliau tidak takut dan bersedia ke mahkamah.

Terdahulu, Teresa dalam sidang medianya selepas selesai memberi keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman hari ini mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Akmal susulan kenyataan pemimpin Umno itu yang menggelar ‘nyoya tua’ dan ‘menampal logo non-halal pada dahinya’.

Beliau memaklumkan sudah mendapat pandangan perundangan daripada peguamnya dan akan memutuskan untuk tindakan itu kemudian.

Akmal sebelum ini menyelar Teresa kerana pemimpin DAP itu mempersoal cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol mendapatkan pensijilan halal.

Menyifatkan Setiausaha Publisiti DAP itu sebagai ‘nyonya tua’, Akmal berkata Teresa tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata kertas siasatan berhubung kenyataan Teresa akan dilengkapkan dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam tempoh dua hari lagi.

Beliau berkata, sejumlah 50 laporan sudah diterima setakat jam 12 tengahari ini berkait isu pensijilan halal itu. – 10 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related