◉ HEADLINES

Pecat pegawai Jaim: ‘Gambarkan ketakutan Kerajaan Melaka pada kebangkitan PAS’

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, tindakan pemecatan itu juga adalah tidak munasabah kerana ia bukan satu kesalahan besar

3:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan negeri Melaka memecat pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang menyiarkan gambar presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam paparan slaid khutbah Jumaat, baru-baru ini, menggambarkan ketakutan terhadap PAS.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, tindakan itu juga adalah tidak munasabah kerana ia bukan satu kesalahan besar.

”Tindakan ini gambaran ketakutan Kerajaan Negeri Melaka dengan kebangkitan PAS dan dilihat tidak munasabah.

“Ia bukan satu kesalahan besar jika diteliti apabila para pegawai itu memaparkan imej pemimpin politik yang tepat dan bersesuaian.

“Jikalau paparan pemimpin yang korup, pernah dituduh rasuah atau mempunyai kes jenayah, itu sebenarnya yang salah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengulas tindakan Jaim ke atas empat pegawainya berikutan isu paparan gambar Abdul Hadi pada infografik slaid khutbah Jumaat, minggu lalu.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata jika slaid tersebut menggunakan gambar presiden parti lain dalam kerajaan, pastinya tindakan pemecatan itu tidak akan berlaku malah akan dipertahankan oleh Jaim.

“Saya berharap pegawai yang dikenakan tindakan tersebut bersabar di atas mehnah (ujian) yang menimpa mereka,” katanya. – 24 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related