◉ HEADLINES

Sultan Selangor perkenan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri, GISB amal ajaran sesat Aurad Muhammadiah

Menurut Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin telah dimaklumkan hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 30 September lalu

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan keputusan dicapai menerusi mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Menurut Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin telah dimaklumkan hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 30 September lalu.

Berdasarkan kenyataan itu, jawatankuasa terbabit yakin pemimpin serta pengikut Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB) dan rangkaiannya masih mengamalkan Aurad Muhammadiah atau zikir agung dibawa kumpulan Al-Arqam yang diisytiharkan sesat pada 1993.

“Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor berpuas hati dan meyakini bahawa pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya telah dan masih mengamalkan Aurad Muhammadiah

“..atau zikir agung dibawa kumpulan Darul Arqam yang telah diputuskan menyeleweng daripada akidah Islam yang sebenar menurut warta nombor 54 disiarkan 4 Feb 1993.

“Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan GISBH dan rangkaiannya mempunyai ciri-ciri yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari aspek akidah dan syariat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, sebarang fahaman, ajaran, pegangan atau amalan baru mempunyai persamaan dengannya disifatkan menyeleweng serta bertentangan dengan ajaran Islam sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah.

Menurutnya, Sultan Sharafuddin berkenan dengan fatwa tersebut selepas dipersembahkan oleh pengerusi jawatankuasa yang juga Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir.

“Butiran lanjut mengenai fatwa terkini ini akan dihuraikan oleh Jabatan Mufti Selangor,” katanya.

Isnin lalu, Jabatan Mufti Negeri Selangor bersidang bagi memutuskan persoalan berkaitan GISBH di negeri itu, selain laporan berkaitan GISBH dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 24 September lalu.

Terdahulu, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan berita berkaitan siasatan pihak polis terhadap kegiatan jenayah oleh GISBH dan rangkaiannya.

Sehubungan itu, baginda bertitah semua rumah amal dan sekolah Islam di bawah kawalan GISBH dan rangkaiannya yang tidak berdaftar atau disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah termasuk jenayah syariah, diarahkan tutup dengan segera dan tidak dibenarkan beroperasi di Selangor. – 3 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related