◉ HEADLINES

Nahas pelajar UiTM Dungun: Ammar Danish stabil, tiada kecederaan serius

Rawatan dan jahitan luka seluruh badan telah diberikan dengan pelajar ini ditempatkan di wad untuk pemantauan hingga keadaannya pulih

6:53 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan yang cedera dalam kemalangan yang meragut nyawa tiga rakannya di hadapan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun malam semalam, dilaporkan stabil.

Status pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan berusia 20 tahun itu yang kini dirawat di Hospital Dungun, dimaklumkan Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Terengganu menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Menerusi keterangan pegawai perubatan yang merawat pelajar ini, dia didapati dalam keadaan stabil dan tiada kecederaan serius.

“Rawatan dan jahitan luka seluruh badan telah diberikan dengan pelajar ini ditempatkan di wad untuk pemantauan hingga keadaannya pulih,” menurut kenyataan itu. 

Ammar Danish dari Keramat, Kuala Lumpur ditemani ibu bapanya sewaktu menerima lawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Prof Dr Mohd Sazili Shahibi dan Rektor UiTM Cawangan Terengganu Prof Dr Mazidah Puteh pada 11.20 pagi tadi.

Dalam kejadian pada 7.35 malam itu, Ammar Danish dan tiga rakannya Ku Adib Aizat Ku Azmi, 20, Khairil Anwar Jamaludin, 20, dan Muhammad Akhmal Md Tukirin, 25, dirempuh dari belakang oleh kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dipandu seorang wanita berusia 49 tahun di Jalan Pantai, berhadapan UiTM Dungun sewaktu menaiki motosikal untuk pulang ke kampus mereka. 

Rempuhan itu mengakibatkan Ku Adib Aizat dan Khairil Anwar masing-masing dari Sungai Buloh dan Ampang, Selangor serta Muhammad Akhmal dari Muar, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah tulang leher, cedera di kepala dan dada.

Mayat kesemua pelajar itu telah dituntut keluarga masing-masing petang tadi selepas bedah siasat selesai dilakukan di Unit Forensik Hospital Dungun, kira-kira 9 pagi.

Sementara itu, pemandu wanita terbabit direman empat hari bermula hari ini selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman di Mahkamah Majistret, di sini. – 10 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related