◉ HEADLINES

Hubungan Kerajaan Persekutuan – Sarawak pada tahap yang amat baik: Fahmi

Kemajuan besar dalam penyelesaian isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjadi bukti kukuh terhadap usaha bersama yang dibina atas asas perpaduan dan keharmonian

4:58 PM MYT

 

KUCHING – Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini berada pada tahap yang amat baik, berlandaskan kerjasama erat serta kesefahaman antara kedua-dua pihak, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beiau berkata kemajuan besar dalam penyelesaian isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjadi bukti kukuh terhadap usaha bersama yang dibina atas asas perpaduan dan keharmonian.

“Kita faham bahawa kita akan lebih kuat bila kita bersama dan kita pun sedar dalam tempoh yang agak singkat dalam dua tahun kebelakangan ini, jumlah perkara yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 paling banyak diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Permukiman Komuniti Madani Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Beliau berkata pencapaian ini menunjukkan komitmen kukuh kedua-dua pihak untuk memastikan keadilan dan kesejahteraan rakyat Sarawak sentiasa diutamakan.

“Hubungan yang erat ini jelas terlihat melalui kemesraan dan persefahaman antara Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kita sama-sama mahu melihat semua negeri dalam Malaysia berkembang maju dan rakyat memperoleh keadilan,” katanya.

Fahmi berkata hubungan baik ini perlu dipelihara daripada sebarang anasir negatif yang berpotensi menimbulkan bibit-bibit perpecahan.

Beliau meminta masyarakat agar tidak terpengaruh dengan cubaan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menimbulkan provokasi di media sosial untuk melaga-lagakan antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

Menerusi peruntukan RM10,000 kepada setiap komuniti MADANI, Fahmi berharap program-program penyatuan dapat diperluas bagi menyebarluaskan semangat perpaduan dari peringkat akar umbi. 

“Inisiatif seperti ini akan terus mengukuhkan hubungan antara rakyat di pelbagai negeri dan antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan, demi kestabilan dan kemakmuran negara,” tambahnya. – 10 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

◉ Related