◉ HEADLINES

Tengku Zafrul masuk PKR: PM rujuk dan minta pandangan Zahid

Umno tidak akan sesekali menerima dan membenarkan lompat-melompat ahli mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan

5:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perakuan ‘lompat-melompat’ ahli mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agung parti itu, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perbincangan awal berhubung penyertaan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam PKR.

Asyraf yang juga Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan berkata, Umno memandang serius kenyataan Anwar mengenai pengesahan perbincangan awal dengan Zafrul yang juga Ahli Majlis Tertinggu Umno.

“Perdana Menteri telah pun merujuk dan meminta pandangan daripada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Budaya mengambil ahli atau pemimpin parti masing-masing hanya akan mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan hingga menggugat kestabilan gabungan.

“Cukuplah pengalaman pahit lampau dalam permuafakatan politik lalu hingga meruntuhkan Kerajaan akibat perlakuan khianat dan lompat-melompat serta mencuri ahli sesama kalangan parti dalam permuafakatan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan adanya perbincangan awal dalam parti berkenaan berhubung kemungkinan penyertaan Tengku Zafrul ke dalam Kabinet.

Menurut Anwar, PKR bersikap terbuka terhadap penyertaan mana-mana individu termasuk Tengku Zafrul ke dalam parti itu asalkan individu berkenaan boleh menyumbang kepada parti.

Turut menentang tindakan lompat parti itu ialah Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang meminta Umno dan Barisan Nasional (BN) mengkaji semula hubungan dalam Kerajaan Perpaduan.

Ini kerana, kata Akmal, Umno adalah sebuah parti bermaruah dan tidak boleh ditendang ke sana sini.

Desakan itu dibuat selepas Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat menyelar tindakan ahli Umno yang sanggup meninggalkan perjuangan parti demi mencapai kepentingan peribadi.
Menurut Zahid, parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan juga tidak sewajarnya mengambil ahli dalam kalangan rakan gabungan yang membentuk kerajaan ketika ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN menegaskan, parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan perlu menghormati BN, sama seperti BN yang menghormati rakan lain dalam gabungan berkenaan. – 15 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related