◉ HEADLINES

Tambah baik piagam pelanggan: Siasatan SPRM 24 jam selepas aduan diterima

Kali terakhir Piagam Pelanggan SPRM ditambah baik adalah pada tahun 2015 dan diguna pakai sehingga tahun 2024

2:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan piagam pelanggan baharu yang diberi penambahbaikan termasuk siasatan akan segera dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas aduan dibuat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata penambahbaikan itu dibuat selari perubahan masa bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kali terakhir Piagam Pelanggan SPRM ditambah baik adalah pada tahun 2015 dan diguna pakai sehingga tahun 2024.

“Tujuh perkara yang telah diberi penambahbaikan termasuklah bertindak ke atas aduan berunsur rasuah dalam tempoh 24 jam diterima dan pengadu boleh mengetahui status siasatan ke atas aduannya selepas 28 hari bekerja.

“Selain itu, maklumat dan identiti pemberi maklumat dirahsiakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa dan memuat naik maklumat berkaitan pesalah rasuah dalam Pangkalan Data Pesalah Rasuah dalam tempoh 14 hari selepas tarikh sabitan oleh mahkamah,” katanya.

Keputusan tapisan keutuhan melalui sistem tapisan keutuhan (e-STK) juga akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selain memberi maklum balas ke atas permohonan program pendidikan anti rasuah yang diterima dalam tempoh lima hari bekerja.

Selaras dengan Pelan Strategik SPRM 2021-2025 bagi Pencapaian Negara Bebas Rasuah, fokus SPRM kini tertumpu kepada pemerkasaan penguatkuasaan berkesan (sektor operasi), pencegahan rasuah yang menyeluruh (sektor pencegahan) dan pembudayaan integriti (sektor pengurusan). – 6 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related