◉ HEADLINES

Lalu lintas sesak melampau: Havoc Food Festival batalkan acara hari terakhir esok

Nik Nazmi masuk campur selepas penduduk mengadu kesesakan lalu lintas, pihak berkuasa menutup acara tanpa lesen

9:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –Penganjur Karnival Havoc Food Festival (HFI) akur dengan arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membatalkan semua aktiviti meskipun karnival berkenaan yang diadakan di tempat letak kereta Sama Square di Setapak berakhir esok.

Menerusi hantaran di Instagram, HFI memberitahu semua aktiviti pada hari ini juga dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Ia tidak menyatakan punca pembatalan karnival yang berlangsung sejak 9 Januari lalu.

“Segala kesulitan amat dikesali. Sekali lagi Pihak Havoc ingin memohon maaf kepada semua,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Acara berkenaan bermula dari 11 pagi hingga 12 tengah malam.

Terdahulu DBKL telah mengarahkan penganjuran Karnival Havoc Food Festival supaya menghentikan operasi serta-merta berikutan aduan kesesakan lalu lintas teruk yang menjejaskan penduduk setempat.

Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan berkata pejabatnya menerima banyak aduan daripada penduduk sejak acara itu bermula.

Menurut Nik Nazmi, pesta itu juga diadakan tanpa lesen hiburan yang sah daripada DBKL.

“Disebabkan kesesakan lalu lintas yang melampau sehingga mengganggu penduduk di kawasan itu, pejabat saya menyusuli dengan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

“Berikutan itu, DBKL telah mengarahkan penganjur Karnival Havoc Food Festival untuk menghentikan acara itu bermula hari ini,” katanya.

Nik Nazmi turut mengingatkan penganjur majlis di Setiawangsa supaya mematuhi peraturan dan mengutamakan kebajikan awam sebelum merancang sebarang aktiviti yang boleh mengganggu masyarakat.

“Penganjur diingatkan supaya tidak mengulangi kesilapan ini. Sebarang acara perlu mengambil kira keadaan setempat dan mendapatkan kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa,” tegasnya.

Sebelum ini, tular di media sosial oleh penduduk Setapak yang mendakwa Karnival Havoc Food Festival yang dijadualkan berlangsung sehingga 12 Januari ini telah menyebabkan masalah lalu lintas yang ketara di kawasan itu. – 11 Januari 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related