◉ HEADLINES

Petronas dan Pertamina teroka haluan dan peluang perniagaan baharu: PM

Komitmen Malaysia-Indonesia ialah memastikan kerjasama dua syarikat kepimpinan gergasi di rantau ini supaya lebih mempunyai kesepakatan untuk meneroka, mengalu-alukan haluan baru dan juga bidang perniagaan baharu

7:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia komited untuk memastikan kerjasama berterusan antara syarikat gergasi minyak dan gas kedua-dua negara.

Pada sidang media bersama antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto hari ini, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan PT. Pertamina (Persero) akan bekerjasama meneroka haluan dan bidang perniagaan baharu.

“Komitmen kita (adalah) untuk memastikan kerjasama Petronas dan Pertamina, dua syarikat kepimpinan gergasi di rantau ini supaya lebih mempunyai kesepakatan untuk meneroka, mengalu-alukan haluan baru dan juga bidang perniagaan baharu,” kata Anwar, lapor Bernama.

Anwar dan Prabowo sebelum itu mengadakan pertemuan dan mesyuarat dua hala yang berlangsung lebih satu jam sebelum sidang media berlangsung.

Terdahulu, Prabowo diberikan sambutan negara penuh istiadat di Istana Negara hari ini bersempena dengan lawatan negara ke Malaysia.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan lawatan ini ialah lawatan negara pertama oleh seorang ketua negara asing ke Malaysia, selepas pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Ia juga merupakan lawatan negara pertama oleh Prabowo ke negara Asia Tenggara sejak pelantikannya sebagai Presiden Indonesia pada 20 Oktober 2024.

Sebagai jiran rapat yang mempunyai hubungan kukuh dan ahli pengasas ASEAN, lawatan negara ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan strategik demi kemakmuran bersama. Hubungan itu merentasi pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, pertahanan, kesalinghubungan, pendidikan dan sosiobudaya.

Pada 2023, Indonesia merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia pada peringkat global dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM111.21 bilion (US$24.39 bilion)

Dari Januari hingga November 2024, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencatat RM106.06 bilion (US$23.2 bilion), meningkat daripada RM101.99 bilion (US$22.41 bilion) yang direkodkan dalam tempoh sama pada 2023. – 27 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related