◉ HEADLINES

Kanak-kanak 7 tahun maut dipercayai didera ibu bapa

Punca kematian adalah disebabkan kecederaan di perut akibat objek tumpul

12:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia semalam selepas dipercayai didera ibu bapanya di Kajang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada pihak Hospital Kajang pada 1.11 pagi, semalam.

“Pihak hospital memaklumkan telah menerima seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dibawa oleh ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan zon merah hospital berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat menemukan banyak kesan kecederaan lama dan baharu pada fizikal mangsa dan punca kematian adalah disebabkan kecederaan di perut akibat objek tumpul.

Susulan itu, katanya kedua ibu bapa mangsa yang berusia 30-an dan 40-an ditahan dan akan direman untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Naazron meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu menghubungi balai polis terdekat atau pegawai penyiasat ASP Nur Ayuni Abd Aziz menerusi talian 016-2080717. – 30 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related