◉ HEADLINES

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan

Pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin yang dilantik sebagai Ketua Polis Perak

3:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Kamaruzaman Abdullah memaklumkan pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin yang dilantik sebagai Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat CP.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, dengan memangku pangkat CP.

“Turut bertukar Ketua Lesen Pasukan Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Lesen Senjata Api) Pejabat KPN Bukit Aman Datuk Dzulkhairi Mukhtar, yang dilantik sebagai Ketua Polis Melaka dengan memangku pangkat DCP.

“Selain itu Ketua Cawangan Khas Pahang Datuk Mohammad Shaharul Md Osman dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamaruzaman berkata Penolong Pengarah E3A Cawangan Khas Bukit Aman SAC Azhar Sepawi pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman, manakala Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman SAC Mohd Zaini Abu Hassan, akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Selangor dengan kedua-dua mereka memangku pangkat DCP.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri akan dilantik sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab PDRM Kuala Lumpur, sementara Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Sarawak ACP Yuszida Basria akan menjawat jawatan Pengarah Bahagian Risikan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.

“Kedua-dua mereka memangku pangkat SAC”, katanya.

Kamaruzaman berkata pertukaran lain melibatkan Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi, Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ACP Muhamad Riduan Manap akan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D9) Siasatan Khas/Jenayah Terancang JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Pertukaran lain melibatkan Ketua Polis Daerah Tapah Perak Supt Mohd Naim Asnawi yang dilantik sebagai Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/Gangsterism JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP. – 10 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related