◉ HEADLINES

Negeri Sembilan tarik gelaran Datuk bekas Naib Canselor UKM serta merta

Pada 4 Februari lalu, Mohd Ekhwan dilaporkan meletak jawatan sebagai Naib Canselor UKM

8:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan supaya darjah kebesaran bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Mohd Ekhwan Toriman ditarik balik.

Pendaftar Darjah,  Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam satu kenyataan memberitahu, pengurnian Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) yang membawa gelaran Datuk pada 14 Januari 2019 itu ditarik balik berkuat kuasa serta merta.

“Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja di Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 Februari lepas, media melaporkan Mohd Ekhwan mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Naib Canselor UKM.

Beliau kali pertama dilantik bagi jawatan itu pada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023 sebelum perkhidmatannya disambung semula.

Mohd Ekhwan turut memaklumkan satu laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dibuat berhubung fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya. – 12 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related