◉ HEADLINES

PRK DUN Ayer Kuning ditetapkan 26 April: SPR

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK Ayer Kuning masing-masing ditetapkan pada 12 April dan 22 April

12:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak pada 26 April ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon pula pada 12 April dan pengundian awal ditetapkan 22 April.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 59, akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu selepas rebah dalam perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Menurut Ramlan, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula dari tarikh pengisytiharan calon yang bertanding hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

“Daftar pemilih pilihan raya bagi PRK DUN Ayer Kuning mengandungi 31,897 pemilih dan memerlukan peruntukan sebanyak RM2.5 juta,” katanya pada sidang media di Menara SPR, di Putrajaya, hari ini.

Allahyarham Ishsam yang juga Ketua Umno bahagian Tapah sejak 2018 menang DUN kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 dengan majoriti 2,213 undi.

Kerusi DUN Ayer Kuning telah menjadi kubu kukuh BN sejak lapan penggal lalu. – 7 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related