◉ HEADLINES

Kes Zamri Vinoth: polis terima 894 laporan seluruh negara, tunggu arahan AGC

Hantaran Facebook Zamri, yang mengandungi kenyataan yang didakwa menghina agama Hindu dilaporkan telah dipadam dari platform media sosial pada Ahad

5:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 894 laporan polis telah diterima di seluruh negara ke atas pendakwah bebas, Zamri Vinoth yang didakwa menghina agama hindu di Facebooknya baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses rakaman percakapan juga sudah dilakukan dan kertas siasatan sudah diserahkan ke Peguam Negara (AGC).

“Kertas siasatan masih dalam kajian pihak AGC. Setakat ini, belum ada arahan lanjut,” katanya pada Rabu.

Hantaran Facebook Zamri, yang mengandungi kenyataan yang didakwa menghina agama Hindu dilaporkan telah dipadam dari platform media sosial pada hari Ahad.

Bagaimanapun beliau didakwa memuat naik semula kandungan tersebut tidak lama selepas ia dipadam, mencetuskan gesaan supaya tindakan diambil ke atasnya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat hantaran dimuat naik semula oleh Zamri selepas diturunkan oleh Facebook.

Menurut Fahmi, beliau telah mengarahkan suruhanjaya berkenaan untuk meneliti isu tersebut dan bertindak berdasarkan dapatan mereka. – 12 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related