◉ HEADLINES

Jangan ganggu pembangunan semula bandar: Anwar

RUU PSB adalah untuk membela nasib rakyat miskin

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak menganggu hasrat kerajaan membantu golongan miskin di bandar, dengan menganjurkan perhimpunan bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB). 

Beliau berkata usaha yang dilakukan kerajaan menerusi penggubalan RUU itu bertujuan untuk membela nasib rakyat miskin yang sekian lama terpaksa menetap di flat usang dan daif dengan kapasiti satu bilik dan satu bilik air, di Kuala Lumpur.

“Kita nak gunakan undang-undang ini untuk bangunkan semula supaya orang Melayu di bandar Kuala Lumpur umpamanya tidak hidup merempat, setelah 50 tahun, 60 tahun macam itu juga.. satu kamar (tapi) ditentang, nak buat perhimpunan.

“Saya nak beritahu mereka, jangan cabar kita. Kita nak bela nasib orang miskin, majoriti Melayu, sebahagian kecilnya India dan ada juga Cina, tapi kamu nak ganggu.

“Kalau dia buat himpunan, kita boleh buat perhimpunan satu stadium untuk pertahankan dasar membela nasib orang Melayu,” kata Anwar ketika merasmikan Wakaf MARA MADANI di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Perdana Menteri turut membidas sikap pihak yang menentang rancangan pembangunan semula itu terutamanya yang menggunakan nama parti Melayu dan Islam.

“…dan yang menentang ni orang Melayu, guna atas nama parti Melayu, parti Islam, apa dia pernah cadang untuk tolong Melayu? Tidak ada, atau cadang nak dilakukan untuk membela nasib Melayu miskin di bandar? Tidak ada.

“Sebab itu kita usulkan (rancangan pembangunan semula bandar). Kalau nak ditegur, (silakan) tegur. Nak bagi pandangan tambahan, silakan, tetapi jangan khianati usaha kita,” katanya.

Anwar seterusnya mengulangi bahawa Rang Undang-undang PSB yang dicadangkan untuk dibentang di Parlimen kelak tidak akan mengubah status tanah yang terlibat, termasuk hak milik strata.

Sebelum ini beberapa media melaporkan Pemuda PAS bercadang untuk menganjurkan himpunan besar-besaran bagi membantah cadangan kerajaan memperkenalkan Rang Undang-undang itu. 

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Datuk Rubiah Wang, serta Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. – 15 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related