◉ HEADLINES

8.5 juta bakal terima Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2, mulai Isnin

Pembayaran ini melibatkan peruntukan RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas

1:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua mulai Isnin ini (24 Mac), yang melibatkan peruntukan RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan 8.5 juta penerima terdiri daripada 60 peratus rakyat dewasa Malaysia bakal mendapat bantuan sehingga RM650 menerusi STR Fasa Dua.

“Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Peningkatan peruntukan STR dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) pada 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion, adalah ikhtiar untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dalam kenyataan sama.

Menurut kenyataan itu, penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR, akan menerima pembayaran STR Fasa Dua melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR.

“Pendekatan terkini kerajaan ialah membuka pendaftaran STR 2025 sepanjang tahun, bagi memberi ruang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

“Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan,” menurut kenyataan itu.

Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. – 21 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related