◉ HEADLINES

Bawa sepanduk karikatur sindir PM, Loke ‘PN amal politik tidak matang’ : Kor Ming

Nga Kor Ming berkata negara memerlukan politik yang membina bukannya membinasakan

3:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Perikatan Nasional (PN) membawa sepanduk karikatur wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada perarakan penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning hari ini mencerminkan pendekatan politik tidak matang.

Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menyifatkan sindiran menerusi karikatur tersebut tidak membawa sebarang nilai tambah kepada pembangunan negara.

“Ia cuba memesongkan tumpuan daripada isu sebenar yang perlu kerajaan atasi bersama antaranya perang tarif Trump (Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump).

“..dan bukannya mempermainkan individu dengan cara yang kebudak-budakan serta memperalatkan agama dan kaum sebagai modal murahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas tindakan penyokong PN yang dilihat memegang sepanduk karikatur wajah dipercayai kedua-dua pemimpin negara itu dan emoji ketawa ketika mengiringi calon, Abd Muhaimin Malek ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Merdeka di Tapah hari ini.

Mengulas lanjut, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, negara memerlukan politik yang membina dan bukan membinasakan.

“Pakatan Harapan komited dan cakna untuk memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional dalam PRK Ayer Kuning.

“Ia bagi memperkukuh hubungan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan pembangunan negeri Perak selaras dengan wawasan Perak Sejahtera 2030,” katanya. – 12 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related