◉ HEADLINES

Pengesahan status inDrive, Maxim jelas kedudukan pemandu, bukti ketegasan Kementerian Pengangkutan: Penghantar

Ia sekaligus memudahkan mereka merancang langkah seterusnya sekiranya ingin meneruskan perkhidmatan e-hailing

12:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengesahan status dua syarikat e-hailing di negara ini, iaitu inDrive dan Maxim yang diarah menghentikan operasi oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semalam membuktikan ketegasan kementerian dalam melindungi industri gig di Malaysia.

Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) dalam satu kenyataan berkata, pengesahan Anthony itu turut memberi kejelasan yang amat diperlukan oleh pemandu yang bernaung di bawah dua syarikat tersebut.

“Ia sekaligus memudahkan mereka merancang langkah seterusnya sekiranya ingin meneruskan perkhidmatan e-hailing mereka,” kata Penghantar.

Jelas Penghantar, undang-undang yang telah dikuatkuasakan perlu dimartabatkan oleh semua pihak yang terlibat kerana ia bukan sahaja tidak adil kepada pemandu yang mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada, malah turut memberi kesan negatif kepada industri e-hailing secara keseluruhan.

Penghantar turut menerima laporan terdapat dakwaan bahawa sebahagian pemandu yang berdaftar di bawah salah satu syarikat terbabit menyerahkan perkhidmatan kepada warga asing, terutamanya di Sabah.

“Amalan ‘Ali Baba’ ini sebenarnya bukan sahaja menjejaskan pendapatan pemandu tempatan,
malahan mendedahkan penumpang kepada risiko keselamatan yang amat tinggi,” jelas Penghantar.

Persatuan itu turut mendesak operasi penguatkuasaan serta tindakan segera dan tegas diambil bagi membanteras mana-mana pemilik PSV yang menyalahgunakan lesen mereka dengan menyerahkan khidmat e-hailing kepada warga asing, khususnya di Sabah.

Terkini, Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) sudah menghantar surat mengarahkan pemberhentian operasi dua aplikasi e-hailing dari Rusia yang didakwa dijalankan secara haram iaitu InDrive dan Maxim, berkuat kuasa 24 Julai ini.

Isnin lalu, Penghantar dilaporkan menggesa kerajaan melaksanakan penguatkuasaan tegas terhadap kedua-dua aplikasi e-hailing tersebut termasuk menyekat akses platform itu kerana menawarkan perkhidmatan tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.

Persatuan itu mendakwa antara ketidakpatuhan aplikasi berkenaan adalah tidak memastikan pemandu mereka memiliki Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah seperti yang diwajibkan oleh undang-undang Malaysia.

Selain itu, terdapat juga dalam kalangan pemandu kedua-dua aplikasi berkenaan didakwa tidak memiliki insurans e-hailing dan tidak melakukan pemeriksaan kenderaan seperti terma dan syarat ditetapkan. – 10 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related