◉ HEADLINES

‘Soal rombakan Kabinet belum difikirkan, menteri sedang bercuti’: Anwar

Perdana Menteri berkata, penggantian anggota Jemaah Menteri baharu tidak boleh dilakukan kerana masing-masing Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa itu sedang bercuti

9:23 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memikirkan soal merombak Kabinet susulan peletakan jawatan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, semalam.

Perdana Menteri menjelaskan, proses mengganti anggota Jemaah Menteri baharu tidak boleh dilakukan kerana masing-masing Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa itu sedang bercuti.

“Belum (fikir buat rombakan), mereka (Rafizi dan Nik Nazmi) masih bercuti, kita tak boleh ganti orang yang sedang bercuti,” katanya selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Hadir sama, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Semalam, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa 17 Jun serta 4 Julai ini.

Difahamkan kedua-dua Ahli Parlimen PKR itu mengaitkan keputusan mereka dengan kekalahan dalam pemilihan PKR baru-baru ini, lapor Berita Harian. – 29 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related