◉ HEADLINES

PAC teruskan prosiding kenaikan kos perubatan dan premium insurans 17-19 Jun

Antara saksi yang dipanggil ialah dari Bank Negara, KKM, syarikat insurans dan Majlis Perubatan Malaysia

2:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan meneruskan prosiding berhubung sektor penjagaan kesihatan dan insurans melibatkan bayaran premium dan caj hospital swasta selama tiga hari mulai 17 Jun ini.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, prosiding isu Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta Dan Impak Kepada Kesihatan Awam Di Bawah Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Kesihatan (KKM) Dan Bank Negara Malaysia (BNM) itu akan memanggil lima saksi.

“Saksi-saksi itu ialah Bank Negara, Kementerian Kesihatan, syarikat insurans, Third Party Administrator, Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC),’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Februari lalu, PAC telah mengadakan dua Sesi Pendengaran Awam bagi mendapatkan pandangan rakyat berhubung sektor penjagaan kesihatan dan insurans, di sebalik kebimbangan ramai mengenai kos yang melambung tinggi.

Sesi Pendengaran Awam itu buat pertama kali diadakan oleh PAC dengan sesi pertama diadakan pada 14 Februari di AC Marriott Hotel di Bukit Jambul, Pulau Pinang sementara sesi kedua berlangsung di bangunan Parlimen pada 21 Februari.

Pada Disember tahun lalu, beberapa pihak termasuk Ahli-Ahli Parlimen mendesak Bank Negara menyiasat dan mengkaji semula syarikat-syarikat insurans yang telah mengeluarkan notis kenaikan premium insurans antara 40% hingga 70% mulai 2025..

Antara yang lantang bersuara ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang turut menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) dan Bank Negara menyiasat isu kenaikan premium insurans itu dengan menubuhkan pasukan petugas bersama.

Sementara Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia dalam kenyataan bersama menyatakan penetapan harga semula premium adalah langkah yang tidak dapat dielak.

Katanya, industri insurans dan takaful Malaysia menyaksikan kadar inflasi kos tuntutan perubatan kumulatif yang tidak pernah terjadi sebelum ini sebanyak 56% dari 2021 hingga 2023 disebabkan peningkatan kos rawatan perubatan dan kemajuan teknologi kesihatan.

Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutifnya Mark O’Dell memberitahu Business Times bahawa syarikat insurans bersetuju untuk melaksanakan pelarasan harga semula secara beransur-ansur pada masa hadapan. – 5 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related