◉ HEADLINES

Nahas bas Gerik: Elak cetus spekulasi, polis minta pemandu henti keluar kenyataan terbuka

Ketua Polis Perak berkata, pihaknya bimbang sebarang kenyataan atau penjelasan yang diberikan boleh mengganggu siasatan

1:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menasihati pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan ngeri di Gerik hingga meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kelmarin, untuk tidak mengeluarkan kenyataan secara terbuka kepada mana-mana pihak.

“Sebarang kenyataan awal boleh membawa kepada spekulasi yang tidak wajar. Kami bimbang sebarang kenyataan atau penjelasan yang diberikannya boleh mengganggu siasatan. Itulah istilahnya – mengganggu siasatan, kata Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini, lapor Berita Harian.

Noor Hisam berkata adalah lebih baik dia (pemandu) menunggu sehingga siasatan selesai kerana jika tidak, ia mungkin mencetuskan lebih banyak spekulasi dan pastinya akan mengganggu siasatan.

Ketika ditanya sama ada lelaki berkenaan diingatkan sendiri oleh anggota polis supaya tidak mengeluarkan kenyataan, jelas Noor Hisam pihaknya hanya boleh memberi nasihat.

“Pagi ini, pegawai penyiasat kami juga akan ke sana. Kami hanya boleh nasihat, tidak boleh memaksanya. Dia bebas bersuara, ini negara bebas.

“Kami hanya boleh menasihatkannya supaya bersabar dan tunggu sehingga kenyataannya direkodkan secara rasmi. Selepas itu, dia boleh kata apa sahaja kerana terdapat banyak sudut dalam siasatan ini.

“Kita perlu mempertimbangkan sudut siasatan terhadap bas itu sendiri, pengendali, keadaan jalan, semuanya. Ia sangat teknikal, jadi lebih baik pihak berkuasa menjalankan tugas daripada membuat kesimpulan terlalu awal dan spekulasi.

“Hasil siasatan akan diumumkan sebaik sahaja tersedia,” katanya turut memaklumkan pemandu itu sedang menerima rawatan di Hospital Taiping akibat kecederaan tangan dan polis tidak dapat mengambil tindakan lanjut selagi dia masih dirawat di hospital.

Terdahulu, Noor Hisam berkata pemandu bas berusia 39 tahun itu akan direman sebaik sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Difahamkan pemandu terbabit juga memiliki sejumlah 18 saman trafik yang belum dijelaskan, termasuk 13 kerana memandu laju, satu untuk kemalangan sebelum ini, tiga kerana gagal memakai tali pinggang keledar, dan satu untuk lampu brek ketiga yang tidak berfungsi.

Kelmarin, negara dikejutkan dengan tragedi yang meragut nyawa 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) apabila bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Nahas itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas, selain pemandu serta tiga penumpang kenderaan pelbagai guna MPV jenis Perodua Alza.

Empat sekeluarga yang menaiki MPV terbabit terselamat dengan mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Baling, Kedah. – 11 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related