◉ HEADLINES

Hospital swasta mohon tangguh SST 6% untuk bukan warganegara ‘perlu masa selaras sistem’

APHM berkata, hospital swasta perlu masa mencukupi untuk melaraskan sistem pentadbiran, proses pengebilan dan prosedur pematuhan

2:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan digesa mempertimbang penangguhan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 6% ke atas perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta untuk bukan warganegara, yang berkuat kuasa 1 Julai depan.

Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berkata, ini kerana hospital swasta memerlukan masa yang mencukupi untuk melaraskan sistem pentadbiran, proses pengebilan dan prosedur pematuhan.

“APHM juga telah menghantar permintaan bertulis kepada Kementerian Kewangan hari ini untuk “garis masa yang lebih praktikal”.

“Ini adalah untuk membolehkan peralihan yang lebih lancar, meminimumkan gangguan kepada perkhidmatan pesakit, dan membantu memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap keperluan baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

APHM juga telah mendapatkan penjelasan lanjut mengenai permohonan polisi itu, termasuk kesannya terhadap yuran profesional, layanan warga asing yang menetap di Malaysia, dan perkara pelaksanaan lain yang berkaitan.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau menggesa kerajaan memberi jaminan peluasan skop penggunaan SST tidak akan membebankan pengguna.

“Daripada apa yang dapat dilihat pada masa ini, kerajaan masih belum menunjukkan hasil pendapatan negara yang kukuh, sebaliknya terus berhutang baharu untuk membayar hutang lama.

“Cukai terhadap makanan import dan peralatan mesin akan meningkatkan kos operasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan ini akan menjejaskan daya saing mereka di pasaran serantau,” katanya.

Beliau bersetuju dengan pendirian Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), bahawa kerajaan harus menilai semula syarat ambang kelayakan untuk PKS.

“Iaitu dengan meningkatkan perolehan tahunan daripada RM500,000 sedia ada kepada RM1.5 juta atau RM2 juta, bagi mengurangkan kesan ke atas keuntungan PKS serta harga jualan,” katanya.

Tambah Lau, keyakinan pengguna ketika ini berada pada tahap yang rendah malah syarikat barangan pengguna mungkin menghadapi tekanan margin keuntungan.

“..dan walaupun tiada kenaikan harga yang ketara dalam masa terdekat, namun apabila kos operasi tidak lagi dapat ditampung oleh pengusaha dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.

“Tekanan ini akhirnya akan dipindahkan kepada pengguna, sekali gus memberi kesan negatif terhadap sektor penggunaan,” katanya.

Kerajaan akan melaksanakan semakan kadar dan perluasan skop SST mulai 1 Julai 2025 secara bersasar yang memperlihatkan barangan pilihan tertentu seperti ‘king crab’, salmon, kod, cendawan truffle, buah-buahan import, essential oil, kain sutera dan jentera industri akan dikenakan cukai jualan sebanyak 5%, sementara beberapa barangan pilihan premium dikenakan cukai jualan sebanyak 10% seperti basikal lumba dan lukisan tangan antik.

Mulai 1 Julai 2025, skop cukai perkhidmatan diperluaskan meliputi enam jenis perkhidmatan iaitu sewaan atau pajakan, kerja pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan. – 11 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

◉ Related