◉ HEADLINES

[Kemas Kini] Nahas trak FRU: Lori bawa muatan batu kerikil tiada GPS, 70% lebih had

Laporan Kementerian Pengangkutan menyebut kegagalan mematuhi keperluan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57(3) dan Seksyen 62 Akta 715, termasuk denda, penjara atau penggantungan/batal lesen

8:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lori membawa muatan batu dalam nahas tragik membabitkan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, 13 Mei lalu didapati gagal memenuhi keperluan pemasangan dan kefungsian sistem Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).

Kementerian Pengangkutan dalam laporan awal terbitannya hari ini, berkata pihak syarikat mengesahkan sistem GPS lori terbabit tidak aktif, dan Surat Tunjuk Sebab berasingan sudah dikeluarkan pada 23 Mei lalu.

Tindakan itu, tidak mematuhi garis panduan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) yang mewajibkan pemasangan GPS bagi semua kenderaan perdagangan berdaftar, katanya memetik laporan Berita Harian.

Keterangan itu menyebut, pematuhan arahan berkenaan selaras dengan Perkara 11 Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) dan Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dengan pengecualian hanya diberi kepada bas sekolah yang beroperasi di bawah tiga daerah.

“Garis panduan berkaitan ditetapkan dalam Buku Panduan dan Kod Amalan Industri SPAD – Keselamatan Untuk Pengendali Berlesen Perkhidmatan Kenderaan Barangan, berkuat kuasa sejak 1 November 2013 (Kod 13 dan Kod 14).

“Antara kewajipan pengendali termasuk memastikan setiap kenderaan dilengkapi GPS berfungsi bagi pemantauan kelajuan dan lokasi, memantau serta mengambil tindakan segera ke atas pemandu yang memandu secara berbahaya atau melebihi had laju.

“Menyemak laporan GPS bagi setiap perjalanan, mengambil tindakan tatatertib dan/atau kaunseling ke atas pemandu melakukan kesalahan lalu lintas serta menyimpan rekodnya serta mencegah sebarang manipulasi atau pemalsuan data GPS.

“Kegagalan mematuhi keperluan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57(3) dan Seksyen 62 Akta 715, termasuk denda, penjara atau penggantungan/batal lesen,” katanya.

Laporan itu turut memaklumkan pemasangan sistem kamera papan pemuka (dashcam) masih belum diwajibkan ketika ini.

“Namun, Apad sedang mengemaskini garis panduan keselamatan untuk dijadikan Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Pengurusan Keselamatan) dengan pemasangan dashcam dijangka diwajibkan bermula suku pertama 2026,” kata laporan itu yang turut mengesahkan pemandu lori terbabit mempunyai rekod 13 saman trafik PDRM dan satu saman JPJ.

Tambah laporan itu, lori terbabit membawa muatan dengan kapasiti Berat Dengan Muatan (BDM) sehingga 40,960 kilogram (kg) bermakna ia melebihi had dibenarkan iaitu 24,000kg, sekali gus menyalahi Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah 89 Kenderaan Bermotor.

Dalam kejadian pada bulan lepas itu, trak FRU membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam terbabit dalam kemalangan ketika perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bertugas sempena sambutan perayaan Chitrapournami.

Lapan anggota terbunuh di tempat kejadian, seorang lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan manakala sembilan lagi cedera selepas trak terbabit dilanggar lori berkenaan. – 12 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related