◉ HEADLINES

Nahas Gerik: pemandu bas didakwa di mahkamah hari ini

Lelaki berusia 39 tahun itu dijangka didakwa dengan 16 pertubuhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

9:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu bas yang terlibat dalam nahas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lalu, akan didakwa hari ini.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 39 tahun itu dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Gerik selepas solat Jumaat.

Pemandu terbabit, katanya akan didakwa dengan 15 pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Lelaki berkenaan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik dan kita telah mendapat arahan daripada AGC (Jabatan Peguam Negara), (dia) akan didakwa di Mahkamah (Majistret) Gerik pada Jumaat,’’ katanya kepada media.

Pemandu bas tersebut ditahan pada 6 petang sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Taiping selepas menerima rawatan akibat kecederaan disebabkan kemalangan terbabit.

Dalam kejadian Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang mereka naiki dari Jertih, Terengganu ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam pelanggaran dengan kereta Perodua Alza di laluan JRTB.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 13 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related