◉ HEADLINES

‘Tiada keperluan tukar presiden’ ahli mahu Hadi terus teraju PAS

Tuan Ibrahim berkata, walaupun ada pihak mendakwa mengenai keuzuran Hadi namun beliau masih diperlukan dalam kepimpinan parti dan dunia Islam kerana pemikirannya yang luas dan tajam

7:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sokongan ahli akar umbi PAS supaya Tan Sri Abdul Hadi Awang, 78, kekal sebagai presiden parti membayangkan jawatan utama itu tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti sempena Muktamar PAS Pusat September depan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun ada pihak mendakwa mengenai keuzuran Hadi namun beliau masih diperlukan dalam kepimpinan parti dan dunia Islam kerana pemikirannya yang luas dan tajam.

“Yang bagi kita, kita lihat keperluan Tuan Guru ini, masih diperlukan. Sebab, orang kata dia uzur. Yang pemimpin ini, akal dia.. pemikiran dia (masih kuat),” katanya kepada Scoop hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian bagaimanapun menyatakan pemilihan untuk jawatan timbalan presiden kali ini terbuka untuk sesiapa sahaja sekiranya dicalonkan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pemikiran Tan Sri Abdul Hadi yang masih tajam diperlukan bagi memimpin parti PAS. – Gambar fail Scoop, 14 Jun, 2025

Sebelum ini Hadi dikatakan memberi bayangan mungkin melepaskan jawatan presiden PAS atas faktor kesihatan.

Difahamkan Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan hasrat tersebut semasa pertemuan dengan barisan kepimpinan tertinggi PAS dalam satu retreat yang diadakan di Terengganu baru-baru ini.

Hadi, menduduki kerusi presiden PAS sejak dipilih memangku jawatan itu pada 2003 sebelum disahkan ke jawatan berkenaan dalam muktamar pada 2005. Pemilihan PAS dijangka berlangsung pada September ini.

Beliau melepasi beberapa pemilihan parti serta lima pilihan raya umum, sebagai presiden PAS.

Keadaan itu dikatakan membuka ruang kepada perbincangan dalam kalangan Dewan Ulama yang kini dilaporkan sedang memujuk timbalannya, Tuan Ibrahim untuk mengambil alih jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Mohd Asri Mat Daud pula berkata, sehingga kini ahli akar umbi melihat tiada keperluan untuk menukar Presiden.

“Haji Hadi masih perlu memimpin PAS, dengan pengalaman dan pandangannya yang masih diperlukan bukan setakat peringkat nasional bahkan di persada antarabangsa, ketokohannya sukar dicari ganti.

“Ahli akar umbi PAS tidak terkesan dengan naratif yang dibawa dari luar, biar kepimpinan sendiri yang tentukan berkait perubahan pucuk pimpinan.. biasanya itulah untuk kerusi nombor satu dan dua dalam parti (pemimpjn yang ada dikekalkan).

“Bagi jawatan lain sudah biasa berlaku pertandingan.. tapi mereka diajar untuk tidak berkempen dan guna ‘cai’. Biasanya yang berkempen untuk jadi pimpinan teratas PAS ini (kebiasaannya) boleh kalah,” katanya.

Sementara itu Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, terpulang kepada Hadi sekiranya mahu terus kekal memegang jawatan Presiden kerana PAS tidak pernah melarang untuk pertandingan jawatan tertinggi diadakan.

Beliau berkata, rata-rata ahli masih meletak kepercayaan tinggi kepada Hadi untuk terus memimpin parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 biarpun dihambat dengan keuzuran.

“Saya lihat kesungguhan Presiden, walaupun uzur, pernah dipapah, dia masih bersemangat tinggi. Kalau kena kat diri saya, saya tak sanggup.

“Tapi dia lain, dia masih mampu, walau keluar masuk hospital, masih kuat bekerja, seluruh ahli PAS melihat dan menilai kesungguhan dia.

“Namun pada akhirnya tetap terpulang kepada beliau untuk sama ada teruskan atau tidak,” katanya. – 14 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related