◉ HEADLINES

Pelajar didakwa bunuh ibu, abang dan cederakan adik bongsu

Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah kerana kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi

2:02 PM MYT

 

MELAKA – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Air Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu dan abang kandungnya, serta mencederakan adik lelakinya, 12 Jun lepas.

Remaja berkenaan dituduh menyebabkan kematian ibunya berusia 51 tahun dan abang kandungnya berusia 21 tahun di No 7, Jalan RM3, Taman Rambai Mutiara, dalam daerah Melaka Tengah antara 5 hingga 5.30 pagi. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, boleh disebat tidak kurang 12 sebatan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah kerana kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan mencederakan adik lelakinya menggunakan pisau lipat di lokasi, tarikh, dan masa yang sama, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Remaja berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian, manakala tertuduh diwakili peguam Cassian Anthony dan tiada sebarang jaminan ditawarkan. 

Majistret Uthman Abd Ghani menetapkan 24 Julai depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Pada 12 Jun lepas, media melaporkan seorang guru wanita dan anak sulungnya maut, manakala anak bongsunya cedera parah dipercayai akibat ditikam oleh seorang remaja lelaki yang juga anak kedua mangsa di rumah mereka.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 5 pagi dan ibu tunggal bersama anak lelakinya itu ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu.

Polis menahan suspek yang berada di luar rumahnya yang ketika itu dalam keadaan termenung selain menemukan senjata dipercayai digunakan dalam kejadian, iaitu pisau lipat berukuran 20 sentimeter dengan kesan darah yang disimpan dalam beg sekolah di luar rumah. – 18 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related