◉ HEADLINES

LRT laluan Kelana Jaya beroperasi semula selepas terganggu akibat penumpang ceroboh landasan Subang Alam

12:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Landasan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya kembali beroperasi seperti biasa pada 10.22 pagi selepas mengalami gangguan kira-kira tiga jam susulan insiden seorang penumpang menceroboh masuk ke kawasan landasan di Stesen Subang Alam.

Dalam kenyataannya, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali rel Rapid KL berkata, dalam kejadian ada 8.02 minit pagi itu, individu berkenaan disyaki cuba mencederakan diri dengan melompat masuk ke kawasan landasan ketika sebuah tren sedang menghampiri platform.

“Pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan dari pihak operasi Rapid Rail.

“Mangsa berjaya diselamatkan namun mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut,’’ katanya hari ini.

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden ini dan Rapid Rail akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan yang dijalankan.

“Sebarang perkembangan terkini berkenaan operasi akan dimaklumkan menerusi laman media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen.

“Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran serta kerjasama penumpang,’’ katanya. – 4 Julai, 2025.

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related