◉ HEADLINES

Mengapa tiada acara rasmi sambut ulang tahun kelahiran Tun Mahathir, Siti Hasmah: Wan Saiful

Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata tidak kira kawan atau lawan, apa yang pasti kedua-dua tokoh ini adalah lagenda negara

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan tertanya-tanya mengapa tiada acara rasmi anjuran negara bagi meraikan tarikh yang begitu bersejarah buat dua sosok negarawan lagenda seperti Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Beliau berkata apa yang dilihat rata-rata hanyalah ucapan-ucapan peribadi daripada pemimpin kerajaan yang baginya tidak mencukupi.

“Saya tertanya-tanya kenapa tiada acara rasmi anjuran negara untuk meraikan tarikh yang begitu bermakna buat seorang negarawan.

“Yang ada hanya ucapan-ucapan peribadi daripada pemimpin kerajaan. Bagi saya ini tidak cukup,” tulisnya dalam perkongsian di akaun Facebook miliknya hari ini.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu sepatutnya diadakan satu majlis rasmi yang memadai anjuran kerajaan bagi meraikan pasangan suami isteri lagenda ini.

“Biar kecil tak apa, asalkan ada,” tegasnya sambil menambah tidak kira kawan atau lawan, apa yang pasti kedua-dua tokoh ini adalah lagenda negara.

Wan Saiful yang sempat menghadiri majlis doa selamat dan kesyukuran buat dua insan ini di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara malam tadi berkata tidak kira kawan atau lawan, tiada siapa boleh menafikan bahawa Tun Mahathir adalah negarawan.

“Alhamdulillah penuh masjid dengan hadirin yang mahu sama-sama meraikan hari gembira dan bersejarah,” katanya yang turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 Tun Mahathir dan ke-99 buat Tun Dr Siti Hasmah. – 11 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related