◉ HEADLINES

Anwar jumpa Ahli Parlimen BN, dipercayai bincang isu PRN Sabah

Difahamkan, susulan pertemuan itu Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan pada Isnin depan

10:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertemuan tertutup Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam tadi dipercayai menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Perjumpaan itu berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana pada kira-kira jam 8 malam, semalam.

Media difahamkan, susulan pertemuan itu Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan pada Isnin depan sekitar jam 4.30 petang.

Semalam, media melaporkan beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) dilihat mula memasuki pekarangan Kompleks Seri Perdana termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang tiba pada jam 7.20 malam.

Ia disusuli kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 7.40 malam.

Pertemuan itu juga dipercayai bagi membincangkan isu semasa termasuk mengenai sidang Parlimen akan datang.

Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas 2025 dijadualkan berlangsung pada 21 Julai ini.

Perjumpaan tersebut dihidu pengamal media yang mula ‘berkampung’ sejak jam 7 malam tadi bagi mengikuti perkembangan mengenai mesyuarat itu.

Mesyuarat yang berlangsung lebih sejam itu berakhir pada kira-kira jam 9.20 malam, lapor Awani.

Kenderaan membawa Anwar meninggalkan kawasan berkenaan pada jam 9.34 malam, diikuti Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Cubaan pengamal media untuk mendapatkan reaksi daripada Ahli Parlimen yang menghadiri pertemuan itu bagaimanapun tidak berhasil. – 12 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related