◉ HEADLINES

Pempengaruh permotoran, adik dihukum penjara sebulan, denda RM1,500

Mahkamah turut memutuskan Ija untuk dipenjara tiga bulan lagi manakala Tengku Aziz, enam bulan sekiranya gagal membayar denda

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija dan adiknya yang membuat laporan palsu berkait kehilangannya (Ija) dijatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM1,500 di Mahkamah Majistret Muar, Johor hari ini.

Keputusan itu dibuat Majistret Suzana Mokhtar selepas Ija dan adiknya Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa terhadapnya.

Mahkamah turut memutuskan Ija untuk dipenjara tiga bulan lagi manakala Tengku Aziz, enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Hukuman penjara ke atas dua beradik itu berkuat kuasa dari tarikh sabitan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan misteri kehilangan Ija terjawab apabila lelaki yang disangka hilang selepas keretanya dijumpai terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong itu didapati masih hidup dan melarikan diri ke negara jiran.

Penipuan itu terbongkar apabila wujud keraguan dalam laporan dikemukakan pada hari kejadian sehingga polis percaya kehilangan berkenaan direka-reka oleh Ija termasuk bersuhabat dengan adiknya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related