◉ HEADLINES

‘Inilah pentingnya kita jaga air Johor, aset Johor sendiri,’ Tunku Ismail

Tunku Ismail menegaskan baginda akan memantau dan menyelesaikan masalah air yang berlaku di Johor

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan baginda akan memantau dan cuba menyelesaikan masalah air yang berlaku di beberapa kawasan di Johor dengan segera.

Dalam hantaran di aplikasi X, baginda menegaskan adalah penting bagi negeri Johor menjaga air dan asetnya sendiri, bukan berada di bawah syarikat yang dilantik kerajaan persekutuan.

“Saya akan pantau dan cuba selesaikan dengan segera. Inilah pentingnya kita jaga air Johor, aset Johor sendiri dan bukan berada di bawah syarikat yang dilantik oleh (kerajaan) Federal (persekutuan).

“Doakan kewangan negeri meningkat dimana kita boleh beli saham air Johor, dan meletakkan air negeri bawah jagaan kerajaan negeri. Insha-Allah,’’ tegas baginda menerusi hantaran di X semalam.

Tunku Mahkota Ismail bertitah demikian bagi membalas muatnaik hantaran seorang pengguna media sosial dikenali sebagai BroherhoodJOHOR yang memaklumkan keadaan di Pontian yang tidak mendapat bekalan air yang sempurna.

“Salam Tunku, dekat Pontian dah dekat 4 hari tak dapat bekalan air yang sempurna, Isnin dan Selasa ada notis tutup, Rabu lepas beberapa jam baru notis keluar kata paip ada masalah dan hari ni, Khamis, boleh kata takde langsung air, mohon bantuan DYAM Tunku,’’ katanya.

Hantaran balas Pemangku Sultan Johor mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial, yang turut melaporkan mengenai masalah air yang sama termasuk tekanan rendah dan air keruh.

Media sebelum ini melaporkan lebih 30,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru termasuk Tebrau mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 26 jam, bermula 15 Julai lalu, berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar, Pasir Gudang.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd Anuar Abdul Ghani berkata kerja baik pulih dan penyelenggaraan tersebut melibatkan kesemua instrumen penting di loji berkenaan bagi memastikan kelestarian sistem rawatan air serta bekalan yang lebih stabil untuk jangka masa panjang. – 1 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related