◉ HEADLINES

‘Dah tiga tahun kata nak bawa usul undi tidak percaya’ : Anwar

Anwar menyifatkan ia sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang sah

3:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka sekiranya pembangkang mahu membawa usul undi tidak percaya terhadap kepimpinannya di Dewan Rakyat.

Menurut Perdana Menteri, perkara berkenaan sudah tiga tahun disebut-sebut akan dibawa ke Parlimen.

Perkara itu, katanya, merupakan sebahagian daripada proses demokrasi yang sah.

“Kita terbuka, ini proses yang betul. Nak bawa (usul tidak percaya). Sila bawa. Dia (Datuk Seri Hamzah Zainudin) kata nak bawa (usul) dah tiga tahun dah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden PKR Wilayah Persekutuan di Putrajaya, hari ini.

Semalam, ketika berucap pada Himpunan Turun Anwar, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberi bayangan akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Anwar di Parlimen.

Pembangkang, dikatakan sedang mempertimbangkan usul berkenaan untuk dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Anwar mahu rakyat menilai usaha dan dasar kerajaan berdasarkan fakta dan bukan dipengaruhi sentimen politik.

Beliau berkata walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif, masih ada pihak yang menyebarkan maklumat tidak tepat seperti harga minyak dan harga barang naik, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Ini negara bebas, demokratik, cuma kita harus beri penjelasan sebab dalam temu bual (semasa perhimpunan di Dataran Merdeka) itu ada ditanyakan (isu harga) minyak naik, padahal minyak turun. Pelbagai (fakta tidak benar).

“Maknanya, ini hanya sentimen politik, kebencian … tidak ikut fakta. Jadi, kita cadang supaya rakyat menilai mengikut fakta, kalau ada kelemahan kita boleh perbaik,” katanya.

Setiap inisiatif, katanya, dilakukan kerajaan mungkin tidak sempurna, namun pihaknya sentiasa mencari ruang untuk membaiki permasalahan yang wujud.

” … saya tidak katakan apa-apa yang kita buat sempurna, tetapi kita sentiasa mendengar dan ubah suai apa-apa yang perlu,” kata beliau. – 27 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Banned Rodrigo Holgado eyes JDT move if FIFA suspension is overturned

Malaysian international Rodrigo Holgado could join Johor Darul Ta'zim (JDT) if the Court of Arbitration for Sport (CAS) rules in his favour, potentially ending his FIFA-imposed suspension and opening a new chapter in his professional career

◉ Related