◉ HEADLINES

Dakwaan penunggang motosikal dikenakan tol mulai Okt tidak benar: LLM

LLM berkata dakwaan itu tular selepas dimuat naik seorang pemilik akaun media sosial ‘ebidmotor.com’ semalam

11:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengesahkan tiada sebarang perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol buat masa ini, termasuk penunggang motosikal.

Perkara itu sekali gus menafikan dakwaan yang tular bahawa penunggang motosikal akan mula membayar tol mulai Oktober seperti dimuat naik seorang pemilik akaun media sosial ‘ebidmotor.com’ semalam.

LLM dalam satu kenyataan kepada media hari ini menyifatkan hantaran tersebut sebagai maklumat tidak benar yang mengelirukan orang ramai serta berpotensi mencetuskan kebimbangan tidak berasas dalam kalangan penunggang motosikal.

Tegasnya, ia turut menjejaskan reputasi kerajaan, Kementerian Kerja Raya (KKR), LLM dan syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.

“Untuk makluman, syarikat konsesi PLUS Malaysia Berhad kini sedang menjalankan ujian sistem tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR).

“Sekiranya ujian ini berjaya, pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad,” kata kenyataan itu.

Jelas LLM, objektif utama pelaksanaan sistem tersebut adalah untuk melancarkan aliran trafik, meningkatkan keselesaan pengguna dan mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Berikutan itu, LLM menggesa orang ramai, khususnya pengguna lebuh raya bertol, agar tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat palsu yang mengelirukan atau bersifat hasutan dan merujuk kepada sumber rasmi pihak berkuasa.

Muat naik di laman Facebook tersebut, setakat jam 10 pagi ini, telah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial termasuk 2,000 komen dan 568 perkongsian. – 10 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Ozil warns Malaysia: Invest in youth or fall behind in global football race

Former Real Madrid and Arsenal star says Malaysia must commit to long-term grassroots and academy development, stressing that sustainable success in world football demands patience, structure, and unwavering belief in youth systems

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

◉ Related