◉ HEADLINES

STR Fasa 3 dibayar mulai esok, 8.6 juta penerima babit peruntukan RM2 bilion

Kira-kira RM2 bilion akan diagihkan dan masing-masing akan menerima sehingga RM650

10:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembayaran Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai esok menerusi peruntukan bernilai RM2 bilion membabitkan 8.6 juta penerima di seluruh negara.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, jumlah bayaran adalah hingga RM650 bergantung kepada kelayakan isi rumah, warga emas dan bujang.

Kenyataan itu menjelaskan, jumlah 8.6 juta penerima terbabit adalah peningkatan seramai 300,000 daripada 8.3 juta penerima Fasa 1 pada Januari lalu.

Peningkatan berkenaan hasil daripada langkah Kerajaan Madani membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang layak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, berkata pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun menunjukkan Kerajaan Madani tidak mengambil enteng amanah yang dipikul untuk meningkatkan maslahat rakyat terbanyak agar tiada yang tercicir daripada mengecapi limpahan negara.

“Lebih daripada bantuan tunai semata-mata, STR memberi suntikan kepada penerima untuk mencapai kebebasan kewangan, agar kita dapat menggapai kesaksamaan yang didambakan dalam Ekonomi Madani,” katanya.

MOF turut memaklumkan, pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Solan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan STR boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap pautan tidak sahih yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat mengenai STR. – 11 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related