◉ HEADLINES

Najis lipas dan tikus ditemui di dapur, 8 restoran di ibu kota diarah tutup

Operasi itu dijalankan sekitar Taman Maluri, Jalan Raja Bot, Jalan Hj Hussein, Kampong Bharu dan Jalan Datuk Keramat

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lapan restoran di ibu kota diarah tutup atas pelbagai kesalahan termasuk najis tikus dan lipas ditemui di bahagian dapur serta rak penyimpanan makanan.

Tindakan berkenaan diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Operasi Penguatkuasaan Malam yang dijalankan di sekitar Taman Maluri, Jalan Raja Bot, Jalan Hj Hussein, Kampong Bharu dan Jalan Datuk Keramat.

Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan operasi itu melibatkan pemeriksaan ke atas 30 buah premis. Dengan 16 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan adalah pemilik/ pekerja gagal mendapatkan suntikan tifoid dan menghadiri kursus pengendali makanan, perangkap minyak tidak dipasang dan tidak diselenggara di bawah sinki dan lantai serta dinding di ruang dapur kotor serta terdapat sisa makanan.

“Kesalahan lain ialah meletakkan kerusi meja di kaki lima dan tiada lesen perniagaan premis,’’ katanya.

Berikutan itu, DBKL menegaskan ia akan meneruskan tindakan seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan yang telah ditetapkan. – 6 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related