◉ HEADLINES

Isu moral: sistem pendidikan tanpa nilai moral, etika ada kelemahannya – Anwar

Pendidikan perlu diseimbangkan dengan nilai dan prinsip moral

10:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sistem pendidikan negara masih mempunyai kelemahan kerana terlalu menumpukan perhatian kepada aspek ilmu pengetahuan semata-mata dan mengabaikan nilai moral dan etika.

Menurut Perdana Menteri, gejala buli yang berlaku di sekolah bukan sekadar masalah disiplin pelajar sebaliknya mencerminkan pendidikan negara perlu diseimbangkan semula dengan penekanan terhadap nilai dan prinsip moral.

“Pendidikan tanpa nilai, tanpa prinsip moral dan etika itu ada kelemahannya.

“Saya tekankan masalah buli (itu disebabkan) pendidikan (yang menekankan) ilmu dan bukannya prinsip-prinsip nilai, moral dan etika… jadi, ada kecacatan, katanya.

Beliau berkata demikian pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Oktober di Putrajaya, hari ini.

Anwar turut menzahirkan harapan agar wujud tekad bersama antara institusi pendidikan, ibu bapa dan masyarakat untuk memperbaiki kelemahan itu demi membentuk generasi yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berakhlak.

“Pasal buli, baru saya umum pada Jumaat, memang keputusan sudah dibuat. Rogol lagi di sekolah.

“Bukan salah guru sahaja, ibubapa jadi mudah-mudahan kita ada tekad lakukanlah sebaiknya untuk kita, untuk keluarga kita, untuk masyarakat kita untuk negara kita,” katanya.

Semalam, empat pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan, direman enam hari selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan secara bergilir-gilir di sebuah sekolah di Melaka, minggu lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar S.R Arthana di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam ucapannya yang sama, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan melindungi semua pihak yang tegas melaksanakan tanggungjawab membanteras rasuah dan menyelamatkan negara daripada ketirisan hasil selaras dengan komitmen pentadbiran untuk memperkukuh tadbir urus serta integriti nasional.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata tindakan berani dan segera perlu diambil bagi memastikan negara bebas daripada kegiatan rasuah serta salah guna kuasa yang menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Kena cari jalan tegas, keras, segera dan saya akan pertahankan mereka dalam menjalankan tugas menyelamatkan negara.

“Saya sendiri mesti beritahu sokongan penuh saya dengan tindakan mereka dan kita hargai tindakan ini… tapi penguatkuasaan (sahaja) tidak cukup… tindakan tegas, tetapi masih ada (rasuah dan ketirisan),” katanya. – 13 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related