◉ HEADLINES

Madrasah tidak berdaftar di Kelantan disyaki terlibat penggubahan wang haram

Polis menerima maklumat ada yang sanggup membayar RM2 juta kepada individu yang mendakwa mempunyai 'keistimewaan' bagi memperoleh keberkatan

3:38 PM MYT

 

KOTA BHARU – Polis mengesahkan terdapat maklumat awal berkemungkinan madrasah-madrasah tidak berdaftar di Kelantan digunakan sebagai tempat pengubahan wang haram.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata hasil risikan pihaknya mendapati separuh daripada madrasah di negeri berkenaan tidak berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Beliau berkata polis sedang memantau beberapa madrasah, pondok dan pusat tahfiz yang tidak berdaftar dengan MAIK bagi mengelak berlakunya penyalahgunaan dana dan penyebaran ajaran sesat.

“Pemantauan ini dilaksanakan bagi memastikan tiada aktiviti mencurigakan termasuk penyalahgunaan derma atau ‘saham akhirat’ yang berpotensi menjadi kegiatan pengubahan wang haram.

“Kami bimbang ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama pusat pengajian agama bagi meraih derma jutaan ringgit dengan alasan untuk pembangunan atau kegiatan kebajikan, sedangkan ia mungkin disalah guna,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Mohd Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat berhubung segelintir individu dari dalam dan luar Kelantan yang sanggup membayar RM2 juta dan melabur kepada individu tertentu yang mendakwa mempunyai ‘keistimewaan’ atau berstatus wali bagi tujuan memperoleh keberkatan dan kesejahteraan.

“Ada yang melabur sehingga berjuta-juta berkemungkinan terpengaruh dengan penggunaan kata-kata sehingga menjadi taksub.

“Situasi ini seperti ‘Ayah Pin’ yang baru dan kami mendapati ada kanak-kanak jadi taksub sehingga tidak mahu pulang ke rumah walaupun dijemput ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata polis bekerjasama rapat dengan MAIK serta pihak berkuasa agama negeri bagi mengenal pasti madrasah yang tidak berdaftar dan memantau sebarang unsur penyelewengan atau ajaran menyimpang.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai agar menyemak latar belakang institusi agama sebelum menyalurkan derma atau sumbangan.

“Pastikan pusat pengajian berdaftar dengan MAIK dan guru-gurunya mempunyai tauliah yang sah. Kami tidak mahu masyarakat tertipu dengan individu yang menyalahgunakan kedudukan atau gelaran untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau turut menegaskan tindakan tegas akan diambil sekiranya wujud bukti jelas mengenai pengumpulan dana secara haram, ajaran sesat atau aktiviti penipuan berasaskan agama di negeri ini. – 21 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related