◉ HEADLINES

Tiga akta dipinda tahun depan, MLFF bakal ubah sistem tol negara

Pindaan itu turut merangkumi peruntukan kesalahan tidak membayar tol serta penguatkuasaan penuh terhadap sistem baharu tersebut

1:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga undang‑undang utama iaitu Akta Jalan Persekutuan 1959; Akta Pengangkutan Jalan 1987; dan Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 akan dipinda tahun depan bagi membuka jalan kepada pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF).

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menegaskan, pindaan itu turut merangkumi peruntukan kesalahan tidak membayar tol serta penguatkuasaan penuh terhadap sistem baharu tersebut.

“Maklumlah, (MLFF) ini palang tol dah tak ada, mereka (pemandu) lalu sahaja nanti, akhirnya mereka tak bayar dan sebagainya, itu sebab perlu ada (perundangan) dan mengenai siapa nak melaksanakan kuat kuasa itu.

“Ketika ini, kemungkinan besar Lembaga Lebuhraya Malaysia yang akan melaksanakan daripada aspek penguatkuasaan itu,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) mengenai garis masa pelaksanaan sistem MLFF di semua lebuh raya dikendalikan oleh 33 pemegang konsesi di seluruh negara.

Pindaan yang perlu dilakukan terhadap ketiga-tiga akta itu jelas Ahmad adalah antara faktor yang menyebabkan berlaku kelewatan kepada pelaksanaan MLFF di negara ini.

Menjawab soalan tambahan Dr Halimah Ali (PN‑Kapar) berhubung dakwaan kos pelaksanaan MLFF mencecah RM3 bilion kepada kerajaan, Ahmad menegaskan sistem itu kini dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak konsesi.

“Bila sudah dilakukan sepenuhnya oleh (pihak) konsesi secara Perniagaan kepada Perniagaan (B2B), ia tidak melibatkan sebarang kos kepada kerajaan, jadi tiada lagi melibatkan kos-kos termasuk RM3 bilion itu.

“Pelaksanaan MLFF ini juga kita pastikan pengguna tidak ada dikenakan cas tambahan kerana MLFF ini dibuat pun bagi kepentingan pengguna kerana kita tidak mahu pengguna jalan jauh-jauh dah elok di lebuh raya tiba-tiba sesak berjam-jam di plaza tol,” katanya. – 17 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related