◉ HEADLINES

12 tahun dieksplotasi, tiba masa negara kaji semula kelulusan Lynas: Wan Fayhsal

Wan Fayhsal berkata sejak 2012, Lynas telah menghasilkan lebih 1.8 juta tan sisa radioaktif tanpa pelan pelupusan kekal yang siap

4:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membidas model industri nadir bumi Lynas hingga meninggalkan lebih satu juta tan sisa radioaktif sekaligus mendesak kerajaan mengkaji semula kelulusan operasi syarikat itu.

Beliau berkata, melalui Perjanjian Perdangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia-Amerika Syarikat (AS), Malaysia perlu membina industri nadir bumi yang berdaulat, selamat dan beretika.

“Malaysia tidak menolak industri nadir bumi, tapi menolak eksploitasi selain turut mempersoalkan layanan istimewa terhadap Lynas yang menikmati pengecualian cukai selama 12 tahun, namun pada masa sama hanya menggajikan 855 pekerja setakat Jun 2025,” katanya dalam sesi perbahasan di Parlimen baru-baru ini. 

Beliau mengingatkan sejak 2012, Lynas telah menghasilkan lebih 1.8 juta tan sisa radioaktif tanpa pelan pelupusan kekal yang siap.

Jelasnya walaupun Permanent Disposal Facility (PDF) diumumkan pada 2023, kemajuannya hanya 32% pada ketika itu dan kini hanya mencapai 72%, jauh tertinggal daripada sasaran 82%, namun lesen operasi Lynas sedang dipertimbangkan untuk diperbaharui sehingga Mac 2026.

“Selama 12 tahun, model Lynas hanya meninggalkan kita dengan lebih satu juta tan sisa radioaktif, sedangkan pelupusan kekal masih belum siap sepenuhnya. Keuntungan dibawa keluar, risiko ditinggalkan pada rakyat kita.

“Hari ini, dengan kemasukan pelaburan baharu dari AS melalui ART 2025, Malaysia tidak boleh ulang kesilapan sama. Kita mesti bina industri nadir bumi yang berdaulat, selamat dan beretika.

“Inilah pendirian kita, pro-pelaburan, tetapi tegas mempertahankan kedaulatan negara,” katanya pada sesi perbahasan di Parlimen baru-baru ini.

Dalam perkongsiannya di laman Facebook, Wan Fayhsal turut mengemukakan beberapa cadangan untuk industri nadir bumi negara antaranya mengenakan moratorium sementara sehingga pelupusan kekal Lynas disiapkan dan diaudit oleh badan bebas.

Kerajaan juga disaran memperkenalkan akta nadir bumi nasional untuk kawal pemilikan, teknologi dan sisa.

“Audit alam sekitar antarabangsa di Gebeng dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan sebagai tunjang industri selain dana pemulihan alam perlu dibiayai syarikat asing.

Beliau turut menyeru kerajaan memastikan semua perjanjian perdagangan, eksport dan pelaburan dalam sektor nadir bumi tidak sekali-kali mengorbankan kedaulatan ekonomi dan keselamatan alam sekitar Malaysia.

“Reformasi ini bukan anti-pelaburan..ia pro-Malaysia,” katanya. – 27 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

Malaysia crowned Sepak Takraw World Cup champions after Thailand walkout

Malaysia shattered Thailand’s three-title streak to clinch the 2026 Sepak Takraw World Cup team regu crown in a fiery final at Stadium Titiwangsa. The clash ended in chaos when Thailand stormed off in protest, leaving more than 3,000 fans to celebrate a dramatic 2-1 victory on home soil

◉ Related