◉ HEADLINES

SPRM tahan Ahli Parlimen, berkait projek fidlot di Kedah

Ahli Parlimen itu didakwa menerima sekitar RM400,000 sebagai balasan kerana membantu mendapatkan hak guna tanah bagi sebuah projek fidlot

12:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang Ahli Parlimen berhubung usaha sama penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah.

Menurut sumber, SPRM Kedah menahan Ahli Parlimen berkenaan semalam bagaimanapun identitinya tidak didedahkan.

Ahli Parlimen tersebut, kata sumber, didakwa menerima sekitar RM400,000 sebagai balasan kerana membantu mendapatkan hak guna tanah bagi sebuah projek fidlot.

“Kertas siasatan telah dibuka susulan satu aduan yang dibuat pada 10 Februari , dan siasatan dijalankan di mana kenyataan daripada 15 saksi telah diambil,” kata sumber itu.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata kenyataan Ahli Parlimen tersebut direkodkan di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.- 5 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related